CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 11 February 2013

What a bz Month!!

Assalamualaikum & hye bloggers!! heee..

Amboi su.. ampa nak buat blog tp time nak update lambat betoii noo.. hahahaha.... sungguh tak nyempat kami nak update blog kami pasai ke'bz'an kami dengan kerja n family. Seriously bulan Januari ni memang bulan yang sangat-sangat memenatkan!! Kami start keja 24hb Disember selepas cuti bersalin selama 3 bulan n guess what bila kami masuk ofis... 

A LOT OF BUNCH OF PAPER ON MY DESK!!! 
nak nangis sero.. sighh..

Apapun kami tak start kemas lagi timbunan kertas tu. Kami pusing balik keluaq ofis dan p makan dulu pasai food is my stress therapy wokeyyy!! hahaha.. Dah kenyang barula masuk opis pikior yang mana perlu mula dulu. Baru plan nak kemas semua surat nak masuk fail tetiba my second boss mention kat kami untuk kemas stor alatulis pasai audit nak mai tengok. Goshh!! Dia kasi 1 week aja nak kemas n update semua barang dalam stor. stress okeh!! (ang jangan dok meroyan na su...) heeee...

Dan dengan ini perlulah kami bermula dengan stor alatulis dulu.. Kita buat yang penting dulu naa.. Dan dalam dok kalut kemas stor my first boss habaq mai kat kami, "Su kamu dah buat Sasaran Kerja Tahunan (SKT) kamu tahun ni?? Dah nak kena hantar dah ni.. Nanti kamu tolong tengokkan yang lain dah siap ke belum". hahaha... "Baik boss!! Saya nak settle stor kejap ye boss." Belum lagi nak tarik nafas, tambahan bebanan mai lagi. HQ lak call nak minta Penyata Cuti Tahunan Tahun lepas. Mak oooiii........

Apapun alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah berjaya jugak settle all the mission impossible kami tu except nak minit paper tu haaa.. Banyaaaaakkk oooo... And part paling best bila Audit mai check and puji stor alatulis yang kami kemaskan. wahaha.. Kembang kempis sat idong. Terbayaq hasil penat lelah kami akhirnya.. Tp cam kelakaq plak nak wat jadi benchmark. Takmola sayaa.. Malu k. 

SKT pulak kami tolong staf ofis dulu pasai diorang suma kena buat dalam sistem HRMIS. Kami??? Manual je.. Almaklumlaa takda perjawatan. Bagaikan burung yang bebas berterbangan di awan nano.. hahaha..  Ada yang tak reti harusla kami tolong2kan supaya cepat settle SKT diorang lagi cepat kami settlekan SKT kami walaupun HRMIS dok hang saja time tu (maybe pasai ramai org dok pulun buat SKT kot) tapi siap jua..  Penyata Cuti Tahunan pun dah serahkan kepada HQ. Wahahaha!!! Manyak suke! Suke! Suke!! 

TAPI!!!

Yang sadisnya surat nak masuk fail dan minit tak siap lagi.. waaa... Tu memang kami surrender. Kami dah macam budak sekolah wat minit. Kena tulis benda sama beratus-ratus kali sampai muntah. Urrgghh!! 

Bayangkan setiap fail aku kena minit macam ni. sakit hati akak!!

Apapun for my reward walaupun ada mission tak accomplished lagi. hahaha.. kami isi borang permohonan cuti 3 hari & best jadi 9 hari pasai ada cuti Hari Keputeraan Sultan Kedah dan Maulidur Rasul. Bagusla untuk kami p tenangkan otak kami yang dah dikerah sampai berasap. ececece.. Gamaknya bila boss tengok borang permohonan cuti kami mau tampaq kepala kami ni sambil berkata dush!dush! dush! "Ang baru cuti lama ang nak cuti lagi noo.." hahahha..         

PEACE BOSS!!!
       



 

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.