CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 29 March 2013

Deco2 My Home Sweet Home

Semalam n ari ni my hubby dok kalut cat rumah. Almaklumlaa.. Dinding rumah cek penuh seni2 nukilan budak mia. Segan plak kalo org mai umah comot2. Dulu dah tarok warna kuning. Taun ni boh kaler kelabu lak. Kami hanya memerangkap bos bg arahan, interior designer n babysitter anak2. Takle nak tolong banyak pasai budak adam demam panas. Demam terkejut2. Sekali kami dok terkejut2. Nasib baik ari ni dah ok sikit. Kami rasa demam nak tumbuh gigi. Hehe.. Pepandai je aku. Kesian laki kami tu. Langsir bulan depan la nak buat. Tak sempat nk buatla minggu depan dah nak kena p putrajaya. Nanti gambaq rumah cek taruk lepas balik dr putrajaya. Ok naa.. Kami nak sambung kemas. Daa... 

Tuesday 26 March 2013

Sedey!!!!

Arini kami sgt sedey tau bila p ja opis bos cakap kami kena masuk bengkel d Putrajaya selama 3 ari. Ni kali pertama kami tinggai anak2 kami. Sebelum ni kami usung ja depa janji ada depan mata. Rasa cam sehari tadak baby2 kami ni pun cam sakit jantung apatah lg 3 hari! Balik opis terus pam susu byk2. Bekalan buat adam. Budak mia umi tak tau nk wat mcmana. Tak penah terpisah susu badan. Hope budak mia minum susu banyak2 n pandai makan mcm2 selama umi tadak pasai selama ni tau makan nasi kosong ngn sup ja selain susu umi. Aduii sayunya. Sedeynya.. Sedeynya.. Waaa..
Mesti kami akan rindu gila kat depa tiga orang. Igt nk bawa suma tp abg kami ckp sampai bila kami tk nk bpisah ngn diorg?? Oohh.. Sangat mengerikan pikiaq saat nk tinggai depa nih. Okla.. Kami chow dulu. Ayaq mata dah jatuh..

Owh.. Budak adam dah pandai meniarap ari ni. Baguih2. Nanti umi balik dah terer duduk ok. Huh??!!

Monday 11 February 2013

What a bz Month!!

Assalamualaikum & hye bloggers!! heee..

Amboi su.. ampa nak buat blog tp time nak update lambat betoii noo.. hahahaha.... sungguh tak nyempat kami nak update blog kami pasai ke'bz'an kami dengan kerja n family. Seriously bulan Januari ni memang bulan yang sangat-sangat memenatkan!! Kami start keja 24hb Disember selepas cuti bersalin selama 3 bulan n guess what bila kami masuk ofis... 

A LOT OF BUNCH OF PAPER ON MY DESK!!! 
nak nangis sero.. sighh..

Apapun kami tak start kemas lagi timbunan kertas tu. Kami pusing balik keluaq ofis dan p makan dulu pasai food is my stress therapy wokeyyy!! hahaha.. Dah kenyang barula masuk opis pikior yang mana perlu mula dulu. Baru plan nak kemas semua surat nak masuk fail tetiba my second boss mention kat kami untuk kemas stor alatulis pasai audit nak mai tengok. Goshh!! Dia kasi 1 week aja nak kemas n update semua barang dalam stor. stress okeh!! (ang jangan dok meroyan na su...) heeee...

Dan dengan ini perlulah kami bermula dengan stor alatulis dulu.. Kita buat yang penting dulu naa.. Dan dalam dok kalut kemas stor my first boss habaq mai kat kami, "Su kamu dah buat Sasaran Kerja Tahunan (SKT) kamu tahun ni?? Dah nak kena hantar dah ni.. Nanti kamu tolong tengokkan yang lain dah siap ke belum". hahaha... "Baik boss!! Saya nak settle stor kejap ye boss." Belum lagi nak tarik nafas, tambahan bebanan mai lagi. HQ lak call nak minta Penyata Cuti Tahunan Tahun lepas. Mak oooiii........

Apapun alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah berjaya jugak settle all the mission impossible kami tu except nak minit paper tu haaa.. Banyaaaaakkk oooo... And part paling best bila Audit mai check and puji stor alatulis yang kami kemaskan. wahaha.. Kembang kempis sat idong. Terbayaq hasil penat lelah kami akhirnya.. Tp cam kelakaq plak nak wat jadi benchmark. Takmola sayaa.. Malu k. 

SKT pulak kami tolong staf ofis dulu pasai diorang suma kena buat dalam sistem HRMIS. Kami??? Manual je.. Almaklumlaa takda perjawatan. Bagaikan burung yang bebas berterbangan di awan nano.. hahaha..  Ada yang tak reti harusla kami tolong2kan supaya cepat settle SKT diorang lagi cepat kami settlekan SKT kami walaupun HRMIS dok hang saja time tu (maybe pasai ramai org dok pulun buat SKT kot) tapi siap jua..  Penyata Cuti Tahunan pun dah serahkan kepada HQ. Wahahaha!!! Manyak suke! Suke! Suke!! 

TAPI!!!

Yang sadisnya surat nak masuk fail dan minit tak siap lagi.. waaa... Tu memang kami surrender. Kami dah macam budak sekolah wat minit. Kena tulis benda sama beratus-ratus kali sampai muntah. Urrgghh!! 

Bayangkan setiap fail aku kena minit macam ni. sakit hati akak!!

Apapun for my reward walaupun ada mission tak accomplished lagi. hahaha.. kami isi borang permohonan cuti 3 hari & best jadi 9 hari pasai ada cuti Hari Keputeraan Sultan Kedah dan Maulidur Rasul. Bagusla untuk kami p tenangkan otak kami yang dah dikerah sampai berasap. ececece.. Gamaknya bila boss tengok borang permohonan cuti kami mau tampaq kepala kami ni sambil berkata dush!dush! dush! "Ang baru cuti lama ang nak cuti lagi noo.." hahahha..         

PEACE BOSS!!!
       



 

Tuesday 25 December 2012

My First Word

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Perkenalan.

Welcome to My Blog.
 
Wahahaha.. Tak sangka bole buka blog pasai selama ni kami dok tengok blog orang ja. Tetiba time pantang mai terbit INSPIRASI nak bukak blog untuk diari kami ngn family. Nak tulis kat FB ja rasa bosan lak takle nak tulis banyak2. Dalam blog sendirik kami wat karangan 800 patah perkataan pun takpa kot. huh??!!     
 
My Lovely Family
 
 Cinta hati kami -  Syed Mohd Hafizal,  Sharifah Qaseh Damia
Pic taken in September 2012. masa ni kami tgh preggy 8 months.
 
 
............
 
 
.............
 
 
.................
 
 
................................
 
 
............................................
 
 
 
&
 
Taadaaa!!!
 
 
 
Baby baru kami - Syed Adam Zaidan
born @ 10:10a.m (11 Oktober 2012)
 
Walaupun adam tak lahir sama tarikh ngn walid dia walaupun I"M TRYINGGGGGGGGGGGGGG.. hehehe.. tp kuasa Allah kitorang baru realize yang Allah dah kabulkan doa kami dimana tarikh lahir dalam bulan Islam 25 Zulkaedah 1433H sama dengan walid dia. Alhamdulillah. Syukur Allah telah kurniakan kami sepasang anak yang comel n genius.
 
Semoga lembaran baru ini Allah kuatkan lagi iman dan semangat kami dalam menjalani hidup dan tambahkan lagi sinar kebahagiaan dan rezeki family kami. Ameen..